Monday 22 December 2008

Hari yang biasa2 aja dan Result Final Exam.

Sejak balik alor star ni dari 6hb Dec 2008 dengan ayah aku, aku jarang online sebab dekat rumah aku x dak internet, nak sentuh blog ni jauh sekali maa. Sebelum raya haji, aku bz skit la, khidmat aku diperlukan untuk upgrade sistem2 dan check apa yang patut kat cc member aku, Redtech Internet, dan berlanjutan sampai 3 hari lepas raya. So perancangan aku dekat rumah ni nak cari banyak job untuk buat website la, kat alor star kalau x silap aku la kan x dak lagi service utk buat website ni, kalau boleh aku nak jadi pioneer la kan leh conquer satu loq staq ni pon dah cukup rasanya, tak perlu tamak2 beb.

Pada 18hb pulak, hari yg ditunggu2 dah tiba, result final exam aku keluar, berdebar jugak aku nak check dengan server uitm yang sesak tu, last sekali lewat ptg tu jugak dapat check, hasilnya 786 Alhamdulillah Syukur...aku berjaya dapat anugrah dekan akhir semester, x pernah dapat sejak zaman diploma lagi. Aku punya final report yg kena comment kaw2 tu (rujuk posting sebelum ni) dapat b+, lega, kalau bawah pada b+ tu kompom x dapat dekan.

Insyaallah dalam masa terdekat ni, aku akan bukak bisnes sendiri, yang akan beroperasi dgn rasminya awal tahun depan yang menjanjikan lembaran baru buat karier aku selepas belajar, yang pastinya relate dgn apa yg aku belajar selama ni. Dah lama belajaq ni, masa nak cari nafkah pulak, nak bayar PTPTN tu lagi maa. Kalau dah cukup duit, aku rasa nak sambung MBA kot, doa2kanlah ya.

Tuesday 2 December 2008

Sekitar konvo kawan2 di UiTM Malaysia

Baru2 ni aku ada menerjah kawan2 aku masa dekat arau dulu (diploma perakaunan), depa semua ni dah grad degree akaun jugak. So aku pi la tgk depa dan ambik2 gambar skit, bukan selalu nak jumpa macam ni dah. So kepada sesiapa yang mau gambar dari kamera aku leh direct download kat sini http://mission100.com.my/fileman/konvo.zip aku jugak nak gambar2 dari kalian jugak. Mai kita sama2 exchanged. Gambar2 tersebut leh la diemelkan dekat emel aku saudrif_firdaus@yahoo.com atau korang upload la dekat mana2 photo hosting ke, senang nak download. Gambar yang aku bagi link tadi pun aku ada upload dalam friendster dalam pixel rendah skit la. Anyway, tahniah la dekat korang semua sebab dah grad, nanti mai aku punya konvo pulak dalam bulan april/mei 2009 ni. Jangan buat senyap pulak. He3.

Friday 21 November 2008

Dua peristiwa besar yang suram...

Salam...macam mana nak mulakan citer ni..hmm takpalah aku redah je la. Pada hari Rabu (19 November 2008) Malam Pra Graduan (MPG) bagi pelajar2 tahun akhir Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif (FTMSK) UiTM Malaysia telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam.

Event ini telah dianjurkan oleh pihak admin FTMSK dan dibantu oleh para Sekretariat MPP FTMSK atau DnA (Digital and Analog) Society. Pada pandangan aku, pemilihan tarikh pada masa itu agak kurang sesuai sebabnya dekat2 dgn presentation FYP student tahun akhir dan mmg betullah x ramai pun yg datang pada malam itu seperti yg aku jangka. So, batch aku (CS224) yg dtg ada la lebih kurang separuh ja, kira x meriah sgt la, so cuma 2 meja je untuk batch kami. Gambar2 sepanjang MPG tu ada la aku letak skit dalam photo gallery aku dlm friendster tu utk tatapan kalian. Tapi yang aku proud jugak la salah sorg student batch aku terpilih jadi Pelajar Paling Pintar FTMSK. Aku ni kategori pelajar hampir pintar je la kot. Hehehe.

Balik saja dari MPG tu aku mmg x buleh tidoq tau sebab apa, hmm sebab aku ada presentation Final Year Project (FYP) pulak keesokan harinya (20hb November 2008). Then aku buat final preparation la sepanjang tgh mlm sampai ke pagi, print brousure la dan mcm2 lagi la. Mmg aku x tido langsung gara2 FYP ni tambah2 lak bila dpt tau examiner aku tu org yg particular gila psl report2 and documentation ni. So dgn kata lain system My Own PC yg aku buat tu dia x tgk sgt, terus straight tgk report, alamatnya kaw2 la aku kena bancuh dgn dia. Ntah mcm mana dia begitu detail pulak, pada hal aku refer report senior2 yg dikatakan terbaik jugak la. Hmm nasib badan la then report aku dia pegang dulu, dia suruh jumpa esok. Dah la nak tunggu examiner punya la lama, last2 lepas present kat dia, aku pun hilang selera nk mkn tgh hari yg ditaja oleh FTMSK.

Seterusnya nak tunggu SIG (Special Interest Group) pulak,  dekat2 kul 4 jugak la aku setel. Dgn SIG x da masalah pun. Alhamdulillah. Aku pun sempat jugak la ambik gambar dgn yg lain2 tu. Time nk balik tu ujan lebat lak, jenuh tunggu sampai berhenti tp x jugak, then nampak mcm reda skit terus redah je la. Sampai rumah ja, aku terus rasa pening2. then aku tido awal malam tu, sebab nak cover balik la.

Pagi tadi (21hb November 2008) aku bgn ja tidoq, rasa segar skit, alhamdulillah x pening2 n panas2 badan dah. Aku terus ja gi fakt dan jumpa examiner aku tu dalam bilik dia, then dia terangkan skit dkt mana kesilapan aku then soh aku betulkan. Lepas tu ada masa skit lagi, aku gi jumpa supervisor aku pulak. Then dia bg hint la yg budak2 under jagaan dia dpt dlm average mcm tu la. Hmm lega plus ada kecewa skit la, maknanya plg tinggi pun mesti dlm B+ je la. Penat ooo berhempas pulas hampir 300 peratus effort yg digunakan, especially utk buat system tu, tp x leh nk dpt A. Takpalah nak buat mcm mana, benda dah berlalu.

So, perkembangan sekarang ni, aku kena betulkan semula dkt bahagian2 yang silap dlm report tu walaupun tiada markah untuk pembetulan tu. Just untuk simpanan fakulti.

Tuesday 11 November 2008

Alhamdulillah...tenang semuanya

Baru2 ni bermula 31hb Oktober sampai 10hb November lepas, aku mmg bz gila dgn study n buat research project aku (My Own PC) sampai tak cukup tidoq pon ada. Sekarang ni dah tenang skit, leh la aku ber'blog' semula. So, perkembangan terbaru aku skrg ni:-
  1. Nak buat poster untuk FYP yang diadakan pada 20hb November ni.

  2. Tgh mencari housemate baru, sebab ada member2 nk pindah.

  3. Nak bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum presentation ni.

  4. Satu lagi..nak attend Malam Pra Graduan FTMSK UiTM di Concorde Hotel, nak together2 dgn kawan2 semua.

  5. Plan nak buat bisnes lepas grad nanti.


Wednesday 15 October 2008

Alhamdulillah...Berjalan di atas landasan

5hb November 2008, tarikh keramat utk hantar final project aku, aku dah dpt balik tune utk lengkapkannya, then aku dh decide just present business model n prototype gitu2 ja, prototype tu aku lancarkan utk dptkan feedback skit bagi menguatkan hujah2 aku dalam final report yg aku tgh buat ni. Project aku ialah My Own PC: Development of D.I.Y (Do it Yourself) Computer System Business Model. Aku pun dah dpt suntikkan semangat dari org2 sekeliling aku terutamanya bonda aku yg mendoakan aku berjaya dgn cemerlang pada semester last ni. Mudah2an Allah mudahkan dan bukakan jalan untuk aku berjaya. Amin... - Korang leh usha2 prototype aku tu kat sini http://myownpc.matdus.com

Ps:- Masih lagi peringkat beta ;-)

Monday 13 October 2008

Segar semula...

Kelmarin aku ingat nak tulis skit dalam blog ni, tapi lepas balik dari open house 2 rumah classmate aku, aku rasa kenyang gila, apakan tidak sbb makan banyak tuu. Then malam tu jugak perut aku sakit, mencucuk2 tu sampai nak buat final report pon tak senang. Tapi aku gagahkan diri jugak la. Alhamdulillah, bangun pagi2 ja perut dah x sakit2 lagi. Lega..aku sudah segar semula. Nak mkn ikan keli kot tengah hari ni. :)

Friday 10 October 2008

Alhamdulillah, jadi jugak akhirnya

Cuba punya cuba, godek punya godek, last sekali berjaya gak akhirnya. Dengan ini maka jadilah custom RSS Feeder dari content blog friendster aku. Masih guna XSL Transformation cuba link dengan hosting lain yg support ciri2 tu. So far PHP 5.x.x ke atas yang dah sedia ada features tu. Untuk PHP 4.x.x lak kena download extension tu. So untuk member2 yg nak cuba XSL Transformation ni, senang ja, guna Dreamweaver CS3, memang mudah n then pastikan web hosting anda pakai PHP 5.x.x and extension XSLT dah loaded. Itu saja, senang kan. Sebab bila kita customize sendiri feed kita, kita akan rasa lagi puas hati. Tapi klu nk senang or klu XSLT extension x dak, korang leh cuba website ni http://www.feedburner.com siap leh customize jugak and support javascript lagi, leh letak dalam HTML page!

Thursday 9 October 2008

Adus..malangnya

Baru seronok sat leh buat transfer RSS Feed dari sini...hosting lak x support sbb x dak XSL Transformation Processor lak, aku buat dalam localhost (PC Aku) buleh sbb aku guna PHP 5, seronok terlampau awal pulak. X pa, aku akan buat cara lain jugak bagi leh 'suap' content2 dalam page ni dalam website aku.

Wednesday 8 October 2008

Berjaya akhirnya guna XSL Transformation

Sekarang blog friendster aku (http://matdus.blog.friendster.com) aku dah 'feed' kan ke dalam website ni. So dengan kata lain, content dalam blog friendster aku pun sama jugak dalam ni. Senanglah ku nk update skit blog aku, kira all in one la. Banyak lagi benda akan muncul dalam website aku ni, tunggu.....

Sunday 5 October 2008

Website aku dah lancar

Alhamdulillah, dgn tempoh masa yg agak kalut, aku berjaya jugak buat website aku yg sekian lama ibarat bagai hidup segan mati tak mahu. korang leh masuk usha2 tgk kat sini ya http://matdus.com

Friday 1 August 2008

Rancangan Website Rasmi...

Website aku tu pun dh lama mati...aku dlm perancangan dok develop semula. nantikan kemunculannya...Sama2 kita terjah! Zassssss!