Sejarah

Blog ini asalnya aku buat guna frienster punya blog (wordpress) dan aku export pulak ke blogspot sebab aku dapati blogspot ni lebih bebas, hampir 100% templatenyer boleh kita customise, sebelum ni guna wordpress daripada frendster, payah la nak customise, widget pun tak banyak, nak masuk javascript pun tak boleh.

Dari segi penggunaan bahasa pula dalam blog ini, ianya terpulang kepada sesetangah entri, kadang-kadang aku post dalam bahasa omputih (penjajah), tapi kebanyakkan dalam Bahasa Kebangsaan kita la kan. Bukan apa, nak bagi semua orang paham.

Aku suka berkongsi apa yang aku tau serba sedikit mengenai komputer, internet dan website dalam blog ini. Aku tak la terer sangat cuma sikit-sikit tu ada la kan, kalau terer kesemua, pakat tak bergantung dekat manusia-manusia yang lain pulak kan.

Oleh kerana aku nak mengurangkan spam, dan jugak mengharapkan komen-komen yang bernas atau dari 'genuine' manusia, maka aku dah setkan anonymous tidak boleh memberikan komen, so aku pasti kebanyakkan orang sudah ada google ID, so tidak menjadi masalah la.

No comments:

Post a Comment