Friday 4 March 2011

Pinjaman Pendidikan

  1. Yang ni screenshot balance terkini pinjaman pendidikan aku, banyak riban lagi rupanya,walaupun tiap2 bulan dok bayar, tapi nak buat macam mana, dah pinjam tu terpaksa la bayar kan, untuk generasi akan datang nak pinjam pulak. Nak bayaq pun jangan bayaq sikit2 nanti macam tak luak pulak.

  2. Kalau ikutkan aku dah convert dari kos pentadbiran 3% ke 1% (ujrah) mungkin dah nampak kot perbezaan dari RM37.50 ke RM25 kos pentadbiran sebulan berdasarkan gambar di atas.
     
  3. Aku start bayar masa lepas graduation june 2009 untuk pinjaman pertama saja (diploma) RM15k, pinjaman kedua aku masa degree cuma pinjam RM8750.00. Nasib baik tak banyak pun.

  4. Kalau tak bayar, takut nama blacklist pulak, x leh pi luar negara. hehe. Kalau la dulu belajaq rajin-rajin dapat grad class pertama ka, tak payah kena bayaq dah kan. Tapi sebab aku punya result bukannya 4 flet, tapi dapat yang pelik-pelik saja. Tak pun kalau tak mau bayaq, isytihar mati je la kan. Tukar nama dengan wajah. Hahahaha.

  5. Aku punya balance tinggal RM24,514.89 hampa punya balance pinjaman tinggal lagi berapa?

Saturday 26 February 2011

Extract Database dari MySQL ke Excel (XML)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua. Baru-baru ni aku ada post kat tweeter aku mengenai Extract Database tu, oleh kerana terlampau sibuk la, tak dapat la nak update di dalam blog aku ni. Oklah ni aku ada post screenshot skit hasil kerja yang dah aku buat. Hampa layan je la. Aku pun tak mau cerita banyak2, kata orang-orang putih A picture describes a thousand words so kira aku ada beribu-ribu patah perkataan jugak la dengan terjemahan gambar2 dibawah ni:-

1. Yang ni ialah cara tradisional masa kurun ke 7 masihi lagi webmaster guna untuk extract data ke lain-lain format, cara ni jugak dipanggil backend bukan backhand tau. Cara ni agak kurang mesra pengguna dan lebih terdedah kepada bahaya jika tersilap orang untuk mengendalikannya silap2 mau hilang semua table2 dalam database. Mau teriak tak berlagu kalau tak buat database backup.


2. Mula-mula aku lebih suka buat interface dulu, orang kata barulah nampak idea skit untuk buat dia punya source code. Aku guna software Adobe Dreamweaver CS5


3. Yang ni pulak adalah header dalam format XML bagi microsoft office excel 2010 format XML untuk excel ini dah ada sejak excel 2003 lagi. Tanpa header ini microsoft excel tak dapat nak bukak file tu (kuar error) bukak pakai notepad je la yang boleh.


pic7.jpg
pic8.jpg pic9.jpg pic10.jpg
4. Siap sudah source codes, kat sini ada 4 bahagian penting. SQL Statement (untuk extract data-data yang diperlukan sahaja daripada user interface), Excel (XML) header dan style syntax, logic operator (data-data yang ada value daripada SQL Statement sahaja akan diextract ke XML) dan PHP Do While Syntax beserta Logic Operator untuk mengulangi baris2 dalam excel sampai la habis semuanya diextract dari database.

5. Akhirnya semua sudah siap, yang ini interface yang dilihat secara live melalui http dalam tu contoh aku hanya nak extract 7 column (jenis maklumat) sahaja maklumat pelajar-pelajar yang ada dalam database.


6. Selepas dah pilih maklumat mana yang hendak diextract, tekan saja button dibawah, terus keluar popup untuk download atau open, pilih sahaja open dan pilih program microsoft excel.

7. Lepas dah bukak dalam microsoft excel, terus save ke format asal microsoft excel (.xls) selepas itu file dari XML itu dah ditukar ke XLS (office 2003 ke bawah) kalau office 2007 ke atas formatnya XLSX.

So dengan cara ini memudahkan kerja2 pengkeranian, tak perlulah memasuki backend lagi sebab kawasan tu webmaster dan database administrator saja yang layak mengendalikannya. Sekarang ini semuanya buleh dilakukan di frontend sahaja.

Wednesday 23 February 2011

Velocity Cyberhouse


Velocity Cyberhouse ialah kafe siber aku di taman nuri, alor setar. CC ni aku uruskan bersama adik lelaki aku. Harga perkhidmatan komputer ialah RM 2 Sejam, terdapat juga perkhidmatan lain yang disediakan semuanya di laman web ini: http://www.velocitycyberhouse.com

Sunday 20 February 2011

Berjaya pindah ke blogspot.

Selamat datang kepada pembaca blog aku yang lama dan yang berjaya sampai ke sini, anda telah diredirectkan ke sini, so bolehlah updatekan bookmark anda. Dengan ini aku dah tak update dah apa-apa posting untuk blog yang lama kerana semua dah berpindah ke sini.

Entri-entri dibawah atau sebelum tarikh ini ialah yang aku IMPORT dari blog lama aku di friendster. Blog yang lama tu aku guna wordpress. Blogspot ni lagi ok la kan. Hehe