Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua. Baru-baru ni aku ada post kat
tweeter aku mengenai Extract Database tu, oleh kerana terlampau sibuk la, tak dapat la nak update di dalam blog aku ni. Oklah ni aku ada post screenshot skit hasil kerja yang dah aku buat. Hampa layan je la. Aku pun tak mau cerita banyak2, kata orang-orang putih
A picture describes a thousand words
so kira aku ada beribu-ribu patah perkataan jugak la dengan terjemahan gambar2 dibawah ni:-
1. Yang ni ialah cara tradisional masa kurun ke 7 masihi lagi webmaster guna untuk extract data ke lain-lain format, cara ni jugak dipanggil
backend bukan
backhand tau. Cara ni agak kurang mesra pengguna dan lebih terdedah kepada bahaya jika tersilap orang untuk mengendalikannya silap2 mau hilang semua table2 dalam database. Mau teriak tak berlagu kalau tak buat
database backup
.

2. Mula-mula aku lebih suka buat interface dulu, orang kata barulah nampak idea skit untuk buat dia punya source code. Aku guna software
Adobe Dreamweaver CS5

3. Yang ni pulak adalah header dalam format XML bagi
microsoft office excel 2010
format XML untuk excel ini dah ada sejak excel 2003 lagi. Tanpa header ini microsoft excel tak dapat nak bukak file tu (kuar error) bukak pakai notepad je la yang boleh.
 |  |  | 
|
4. Siap sudah source codes, kat sini ada 4 bahagian penting. SQL Statement (untuk extract data-data yang diperlukan sahaja daripada user interface), Excel (XML) header dan style syntax, logic operator (data-data yang ada value daripada SQL Statement sahaja akan diextract ke XML) dan PHP Do While Syntax beserta Logic Operator untuk mengulangi baris2 dalam excel sampai la habis semuanya diextract dari database . |

5. Akhirnya semua sudah siap, yang ini interface yang dilihat secara live melalui
http dalam tu contoh aku hanya nak extract 7 column (jenis maklumat) sahaja maklumat pelajar-pelajar yang ada dalam database.

6. Selepas dah pilih maklumat mana yang hendak diextract, tekan saja button dibawah, terus keluar popup untuk download atau open, pilih sahaja open dan pilih program microsoft excel.

7. Lepas dah bukak dalam microsoft excel, terus save ke format asal microsoft excel (.xls) selepas itu file dari XML itu dah ditukar ke XLS (office 2003 ke bawah) kalau office 2007 ke atas formatnya XLSX.
So dengan cara ini memudahkan kerja2 pengkeranian, tak perlulah memasuki
backend lagi sebab kawasan tu webmaster dan
database administrator
saja yang layak mengendalikannya. Sekarang ini semuanya buleh dilakukan di
frontend sahaja.