- Yang ni screenshot balance terkini pinjaman
pendidikan
aku, banyak riban lagi rupanya,walaupun tiap2 bulan dok bayar, tapi nak buat macam mana, dah pinjam tu terpaksa la bayar kan, untuk generasi
akan datang nak pinjam pulak. Nak bayaq pun jangan bayaq sikit2 nanti macam tak luak pulak.
- Kalau ikutkan aku dah convert
dari kos pentadbiran 3% ke 1% (ujrah) mungkin dah nampak kot perbezaan
dari RM37.50 ke RM25 kos pentadbiran sebulan berdasarkan gambar di atas.
- Aku start bayar masa lepas graduation
june 2009 untuk pinjaman pertama saja (diploma) RM15k, pinjaman
kedua aku masa degree
cuma pinjam RM8750.00. Nasib baik tak banyak pun.
- Kalau tak bayar, takut nama blacklist pulak, x leh pi luar negara
. hehe. Kalau la dulu belajaq rajin-rajin dapat grad class
pertama ka, tak payah kena bayaq dah kan. Tapi sebab aku punya result bukannya 4 flet, tapi dapat yang pelik-pelik saja. Tak pun kalau tak mau bayaq, isytihar mati
je la kan. Tukar nama
dengan wajah
. Hahahaha.
- Aku punya balance
tinggal RM24,514.89 hampa punya balance pinjaman tinggal lagi berapa?
Friday, 4 March 2011
Pinjaman Pendidikan
Saturday, 26 February 2011
Extract Database dari MySQL ke Excel (XML)
1. Yang ni ialah cara tradisional masa kurun ke 7 masihi lagi webmaster guna untuk extract data ke lain-lain format, cara ni jugak dipanggil backend bukan backhand tau. Cara ni agak kurang mesra pengguna dan lebih terdedah kepada bahaya jika tersilap orang untuk mengendalikannya silap2 mau hilang semua table2 dalam database. Mau teriak tak berlagu kalau tak buat database backup
2. Mula-mula aku lebih suka buat interface dulu, orang kata barulah nampak idea skit untuk buat dia punya source code. Aku guna software Adobe Dreamweaver CS5
3. Yang ni pulak adalah header dalam format XML bagi microsoft office excel 2010
| | |||
| 4. Siap sudah source codes, kat sini ada 4 bahagian penting. SQL Statement | |||
6. Selepas dah pilih maklumat mana yang hendak diextract, tekan saja button dibawah, terus keluar popup untuk download atau open, pilih sahaja open dan pilih program microsoft excel.
So dengan cara ini memudahkan kerja2 pengkeranian, tak perlulah memasuki backend lagi sebab kawasan tu webmaster dan database administrator
Wednesday, 23 February 2011
Velocity Cyberhouse
Velocity Cyberhouse ialah kafe siber aku di taman nuri, alor setar. CC ni aku uruskan bersama adik lelaki aku. Harga perkhidmatan komputer ialah RM 2 Sejam, terdapat juga perkhidmatan lain yang disediakan semuanya di laman web ini: http://www.velocitycyberhouse.com
Sunday, 20 February 2011
Berjaya pindah ke blogspot.
Entri-entri dibawah atau sebelum tarikh ini ialah yang aku IMPORT dari blog lama aku di friendster. Blog yang lama tu aku guna wordpress. Blogspot ni lagi ok la kan. Hehe
Saturday, 31 January 2009
Penggulungan catatan bulan Januari 2009
Dah lama rasanya x update blog yang ditakrifkan untuk 'syokkan diri sendiri' tapi aku tambah sikit, 'untuk buat org lain rasa syok dgn apa yg kita syok'. Masa berlalu dgn pantas, tanpa kita sedar, sudah sebulan kita dalam tahun 2009 nih. Aku? biasalah asyik bz skit dgn part time job aku, aku sekarang ni bergelar 'fulltime part timer' berkerja separuh masa secara sepenuh masa...ha3 whateverlah dong. Janji dapatlah income skit..untuk survive.
Kesibukkan aku, menyebabkan aku dah lama tak update 'suara hati digital' aku ni. Oklah biar aku rumuskan sepanjang bulan januari 2009 nih:
1. Menyambut tahun baru hijrah 1430 dan jugak 4 hari lepas tu tahun baru masihi 2009 dgn penuh rasa sederhana dan ingin memperbaiki kelemahan diri yang amat ketara tambah2 dalam soal pengurusan masa dan pembentukkan jari eh jati diri yg kukuh, bukan beras jati tau, x sama. Sebab bila nk berkecimpung dlm bisnes ni. Ada 3 tiga/san/salasa/three perkara pokok yang sering ayahanda aku ingatkan.
Yang PERTAMA: Hubungan dgn Allah (Tuhan) mesti mau jaga, mesti jaga solat. Sebab apa, sebab DIA yang nak bg rezeki dekat kita, so kita jangan lupakan DIA. Benda2 ni org2 non-muslim pon ingat kat Tuhan depa. Sebab tu rezeki depa dlm bisnes pon ok. So kita yang muslim ni mestilah kena lebih lagi dari itu.
Yang KEDUA: Hubungan dgn Manusia. Kalau dah buat temujanji, mesti mau tepati. Kerja mesti ada komitmen, baru lah peluang untuk dapat 'referral marketing' dari orang itu senang, sebab orang tu dah rekemenkan perniagaan kita, sebab kita buat kerja dgn penuh komited dan menepati deadline dan kualiti pon mau dijaga. Marketing pon mau cantik, jangan perlekehkan potential customer kita, jangan berhujah dgn customer kita, kelak kita cuma menang hujah, tapi bisnes tarak dapat maa. Lagi satu, rangkaian atau networking mestilah luas, kena banyak contact dgn bisnes2 yang lain dengan kata lain ada backup bila kita x menang tangan.
Yang KETIGA: Hubungan dgn sekeliling. Termasuk alam sekitar, masyarakat, haiwan2, sampai ke cicakman sekalipun (menambah je ni) kena jaga especially jgn mencemar duli eh silap jangan mencemar alam sekitar, kalau tidak, itu pasal la dok jadi bencana alam, tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya, yang terbaru ialah Tanah Runtuh kat Bukit Antarabangsa tu, takziah untuk keluarga2 mangsa atas kejadian yang mengorbankan 4 nyawa tu. Semua tu berpunca bila hubungan dgn alam sekitar yang tak elok la tu. Dgn masyarakat, bila dah dpt keuntungan tu, lakukan tanggungjawab sosial, buatlah amal jariah ka, jangan la makan sorang, nanti kembung perul mual (mcm lirik lagu mentara beradu) ;)
Yang KEEMPAT: Lu piikirlah sendiri...kalau dapat kongsi2 dgn gua la. Nak tambah ilmu..
2. Kekejaman rejim yahudi/israel dan seangkatan dengannya membedil palestin. Aku cukup marah betul, tapi marah saja x cukup, kita kena buat sesuatu. Dan alhamdulillah, negara kita Malaysia yang tercinta ni telah kutip sumbangan untuk palestin dari pelbagai sumber untuk membantu meringankan penderitaan rakyat palestin. Usaha memboikot produk2 yahudi pon giat diwar2kan, aku pon selama ni ada la terguna produk2 yang disebutkan. hu3. MCD, KFC, TESCO, SHELL...bla2 mmg dok guna. Mana yang leh boikot,aku boikot. Biar dgn usaha yg sedikit ni mampu melingkupkan ekonomi org2 yahudi. Then, aku ada tertarik dgn rencana dalam utusan malaysia, penulis tu cakap, kita mesti perkukuhkan ekonomi orang islam dengan menyediakan pengganti yang baik untuk barang2 yang kita boikot tu. So disini, aku rasa ada betulnya apa yang dia ckap tu, so apa lagi ayuh semua, jangan kita hanya sekadar boikot tanpa ada barang alternatif dari keluaran orang Islam sendiri, kena support Malaysian Made Products atau lebih elok lagi Muslim Made Products.
3. Aku ada turun ke Shah Alam masa 7hb - 14hb Januari 2009. Saja jumpa kawan2 yang berjuang lagi di uitm shah alam tu. Diam x diam dah 2 tahun setengah aku merantau di sana mencari ilmu. Kira kedatangan aku kat situ, sedikit sebanyak menggamit memori. Kepada rakan2 or junior2 CS224 disitu, belajarlah rajin2. Nanti bila aku konvo lebih kurang bulan May ni, hampa datang la tengok. Aku jugak sempat pi lowyat, untuk tengok barang2 pc, member aku ada pesan beli laptop, dan jugak beli barang2 terpakai untuk cyber cafe dia. So aku balik alor star, dengan kereta savvy kak aku yang sarat dgn barang2 tu bersama ayah aku dan seorang kawan dia. Susun punya susun, muat jugak.
4. Kakak aku, syorkan soh aku stay kat shah alam sampai 18hb Januari 2009, sebab dia ajak nak tgk Anugerah Juara Lagu kat bukit jalil tu. Tapi x dapat sebab ada urusan. Dan x disangka2 kumpulan Meet Uncle Husin (MUH) berjaya memenangi AJL tu. Kakak aku ni sewa serumah dgn manager MUH. Ntah2 malam tu mesti depa makan besar kot. He3. Kalau aku ada masa tu mesti best.
5. Tak lupa jugak, aku pi uitm merbok dgn kawan aku, saja ikut2, sebab aku pon dah lama x pi kat situ. Member aku lak nak jumpa advisor dia, kira aku jadi driver depa la. Ha3.
6. Projek website Mr Patrick, aku dah berjaya siapkan. Tapi ada sedikit delay jugak. Aku kenakan charge yang berpatutan jugak la, sebab dia nak cari customer lagi untuk aku dan team aku. Insyaallah, kami akan lancarkan laman web team kami dalam masa terdekat ini. Meanwhile, projek CC aku pon akan berjalan jugak. Walaupun kami x besar dan kami x kuat, tapi bila bekerjasama semua jadi mudah, apa yang penting, KERJASAMA. Let's work together.
Sampai disini dulu, untuk coretan, catatan bulan Januari 2009 ni. Nanti kita jumpa di posting yang lain. Dah larat dan x ingat dah nak tulis
Monday, 22 December 2008
Hari yang biasa2 aja dan Result Final Exam.
Pada 18hb pulak, hari yg ditunggu2 dah tiba, result final exam aku keluar, berdebar jugak aku nak check dengan server uitm yang sesak tu, last sekali lewat ptg tu jugak dapat check, hasilnya 786 Alhamdulillah Syukur...aku berjaya dapat anugrah dekan akhir semester, x pernah dapat sejak zaman diploma lagi. Aku punya final report yg kena comment kaw2 tu (rujuk posting sebelum ni) dapat b+, lega, kalau bawah pada b+ tu kompom x dapat dekan.
Insyaallah dalam masa terdekat ni, aku akan bukak bisnes sendiri, yang akan beroperasi dgn rasminya awal tahun depan yang menjanjikan lembaran baru buat karier aku selepas belajar, yang pastinya relate dgn apa yg aku belajar selama ni. Dah lama belajaq ni, masa nak cari nafkah pulak, nak bayar PTPTN tu lagi maa. Kalau dah cukup duit, aku rasa nak sambung MBA kot, doa2kanlah ya.
Tuesday, 2 December 2008
Sekitar konvo kawan2 di UiTM Malaysia
Friday, 21 November 2008
Dua peristiwa besar yang suram...
Event ini telah dianjurkan oleh pihak admin FTMSK dan dibantu oleh para Sekretariat MPP FTMSK atau DnA (Digital and Analog) Society. Pada pandangan aku, pemilihan tarikh pada masa itu agak kurang sesuai sebabnya dekat2 dgn presentation FYP student tahun akhir dan mmg betullah x ramai pun yg datang pada malam itu seperti yg aku jangka. So, batch aku (CS224) yg dtg ada la lebih kurang separuh ja, kira x meriah sgt la, so cuma 2 meja je untuk batch kami. Gambar2 sepanjang MPG tu ada la aku letak skit dalam photo gallery aku dlm friendster tu utk tatapan kalian. Tapi yang aku proud jugak la salah sorg student batch aku terpilih jadi Pelajar Paling Pintar FTMSK. Aku ni kategori pelajar hampir pintar je la kot. Hehehe.
Balik saja dari MPG tu aku mmg x buleh tidoq tau sebab apa, hmm sebab aku ada presentation Final Year Project (FYP) pulak keesokan harinya (20hb November 2008). Then aku buat final preparation la sepanjang tgh mlm sampai ke pagi, print brousure la dan mcm2 lagi la. Mmg aku x tido langsung gara2 FYP ni tambah2 lak bila dpt tau examiner aku tu org yg particular gila psl report2 and documentation ni. So dgn kata lain system My Own PC yg aku buat tu dia x tgk sgt, terus straight tgk report, alamatnya kaw2 la aku kena bancuh dgn dia. Ntah mcm mana dia begitu detail pulak, pada hal aku refer report senior2 yg dikatakan terbaik jugak la. Hmm nasib badan la then report aku dia pegang dulu, dia suruh jumpa esok. Dah la nak tunggu examiner punya la lama, last2 lepas present kat dia, aku pun hilang selera nk mkn tgh hari yg ditaja oleh FTMSK.
Seterusnya nak tunggu SIG (Special Interest Group) pulak, dekat2 kul 4 jugak la aku setel. Dgn SIG x da masalah pun. Alhamdulillah. Aku pun sempat jugak la ambik gambar dgn yg lain2 tu. Time nk balik tu ujan lebat lak, jenuh tunggu sampai berhenti tp x jugak, then nampak mcm reda skit terus redah je la. Sampai rumah ja, aku terus rasa pening2. then aku tido awal malam tu, sebab nak cover balik la.
Pagi tadi (21hb November 2008) aku bgn ja tidoq, rasa segar skit, alhamdulillah x pening2 n panas2 badan dah. Aku terus ja gi fakt dan jumpa examiner aku tu dalam bilik dia, then dia terangkan skit dkt mana kesilapan aku then soh aku betulkan. Lepas tu ada masa skit lagi, aku gi jumpa supervisor aku pulak. Then dia bg hint la yg budak2 under jagaan dia dpt dlm average mcm tu la. Hmm lega plus ada kecewa skit la, maknanya plg tinggi pun mesti dlm B+ je la. Penat ooo berhempas pulas hampir 300 peratus effort yg digunakan, especially utk buat system tu, tp x leh nk dpt A. Takpalah nak buat mcm mana, benda dah berlalu.
So, perkembangan sekarang ni, aku kena betulkan semula dkt bahagian2 yang silap dlm report tu walaupun tiada markah untuk pembetulan tu. Just untuk simpanan fakulti.
Tuesday, 11 November 2008
Alhamdulillah...tenang semuanya
- Nak buat poster untuk FYP yang diadakan pada 20hb November ni.
- Tgh mencari housemate baru, sebab ada member2 nk pindah.
- Nak bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum presentation ni.
- Satu lagi..nak attend Malam Pra Graduan FTMSK UiTM di Concorde Hotel, nak together2 dgn kawan2 semua.
- Plan nak buat bisnes lepas grad nanti.
Wednesday, 15 October 2008
Alhamdulillah...Berjalan di atas landasan
Ps:- Masih lagi peringkat beta ;-)
Monday, 13 October 2008
Segar semula...
Friday, 10 October 2008
Alhamdulillah, jadi jugak akhirnya
Thursday, 9 October 2008
Adus..malangnya
Wednesday, 8 October 2008
Berjaya akhirnya guna XSL Transformation
Sunday, 5 October 2008
Website aku dah lancar
Friday, 1 August 2008
Rancangan Website Rasmi...
Website aku tu pun dh lama mati...aku dlm perancangan dok develop semula. nantikan kemunculannya...Sama2 kita terjah! Zassssss!