Saturday, 31 January 2009

Penggulungan catatan bulan Januari 2009

Dah lama rasanya x update blog yang ditakrifkan untuk 'syokkan diri sendiri' tapi aku tambah sikit, 'untuk buat org lain rasa syok dgn apa yg kita syok'. Masa berlalu dgn pantas, tanpa kita sedar, sudah sebulan kita dalam tahun 2009 nih. Aku? biasalah asyik bz skit dgn part time job aku, aku sekarang ni bergelar 'fulltime part timer' berkerja separuh masa secara sepenuh masa...ha3 whateverlah dong. Janji dapatlah income skit..untuk survive.


Kesibukkan aku, menyebabkan aku dah lama tak update 'suara hati digital' aku ni. Oklah biar aku rumuskan sepanjang bulan januari 2009 nih:


1. Menyambut tahun baru hijrah 1430 dan jugak 4 hari lepas tu tahun baru masihi 2009 dgn penuh rasa sederhana dan ingin memperbaiki kelemahan diri yang amat ketara tambah2 dalam soal pengurusan masa dan pembentukkan jari eh jati diri yg kukuh, bukan beras jati tau, x sama. Sebab bila nk berkecimpung dlm bisnes ni. Ada 3 tiga/san/salasa/three perkara pokok yang sering ayahanda aku ingatkan.



Yang PERTAMA: Hubungan dgn Allah (Tuhan) mesti mau jaga, mesti jaga solat. Sebab apa, sebab DIA yang nak bg rezeki dekat kita, so kita jangan lupakan DIA. Benda2 ni org2 non-muslim pon ingat kat Tuhan depa. Sebab tu rezeki depa dlm bisnes pon ok. So kita yang muslim ni mestilah kena lebih lagi dari itu.



Yang KEDUA: Hubungan dgn Manusia. Kalau dah buat temujanji, mesti mau tepati. Kerja mesti ada komitmen, baru lah peluang untuk dapat 'referral marketing' dari orang itu senang, sebab orang tu dah rekemenkan perniagaan kita, sebab kita buat kerja dgn penuh komited dan menepati deadline dan kualiti pon mau dijaga. Marketing pon mau cantik, jangan perlekehkan potential customer kita, jangan berhujah dgn customer kita, kelak kita cuma menang hujah, tapi bisnes tarak dapat maa. Lagi satu, rangkaian atau networking mestilah luas, kena banyak contact dgn bisnes2 yang lain dengan kata lain ada backup bila kita x menang tangan.



Yang KETIGA: Hubungan dgn sekeliling. Termasuk alam sekitar, masyarakat, haiwan2, sampai ke cicakman sekalipun (menambah je ni) kena jaga especially jgn mencemar duli eh silap jangan mencemar alam sekitar, kalau tidak, itu pasal la dok jadi bencana alam, tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya, yang terbaru ialah Tanah Runtuh kat Bukit Antarabangsa tu, takziah untuk keluarga2 mangsa atas kejadian yang mengorbankan 4 nyawa tu. Semua tu berpunca bila hubungan dgn alam sekitar yang tak elok la tu. Dgn masyarakat, bila dah dpt keuntungan tu, lakukan tanggungjawab sosial, buatlah amal jariah ka, jangan la makan sorang, nanti kembung perul mual (mcm lirik lagu mentara beradu) ;)


Yang KEEMPAT: Lu piikirlah sendiri...kalau dapat kongsi2 dgn gua la. Nak tambah ilmu..



2. Kekejaman rejim yahudi/israel dan seangkatan dengannya membedil palestin. Aku cukup marah betul, tapi marah saja x cukup, kita kena buat sesuatu. Dan alhamdulillah, negara kita Malaysia yang tercinta ni telah kutip sumbangan untuk palestin dari pelbagai sumber untuk membantu meringankan penderitaan rakyat palestin. Usaha memboikot produk2 yahudi pon giat diwar2kan, aku pon selama ni ada la terguna produk2 yang disebutkan. hu3. MCD, KFC, TESCO, SHELL...bla2 mmg dok guna. Mana yang leh boikot,aku boikot. Biar dgn usaha yg sedikit ni mampu melingkupkan ekonomi org2 yahudi. Then, aku ada tertarik dgn rencana dalam utusan malaysia, penulis tu cakap, kita mesti perkukuhkan ekonomi orang islam dengan menyediakan pengganti yang baik untuk barang2 yang kita boikot tu. So disini, aku rasa ada betulnya apa yang dia ckap tu, so apa lagi ayuh semua, jangan kita hanya sekadar boikot tanpa ada barang alternatif dari keluaran orang Islam sendiri, kena support Malaysian Made Products atau lebih elok lagi Muslim Made Products.



3. Aku ada turun ke Shah Alam masa 7hb - 14hb Januari 2009. Saja jumpa kawan2 yang berjuang lagi di uitm shah alam tu. Diam x diam dah 2 tahun setengah aku merantau di sana mencari ilmu. Kira kedatangan aku kat situ, sedikit sebanyak menggamit memori. Kepada rakan2 or junior2 CS224 disitu, belajarlah rajin2. Nanti bila aku konvo lebih kurang bulan May ni, hampa datang la tengok. Aku jugak sempat pi lowyat, untuk tengok barang2 pc, member aku ada pesan beli laptop, dan jugak beli barang2 terpakai untuk cyber cafe dia. So aku balik alor star, dengan kereta savvy kak aku yang sarat dgn barang2 tu bersama ayah aku dan seorang kawan dia. Susun punya susun, muat jugak.



4. Kakak aku, syorkan soh aku stay kat shah alam sampai 18hb Januari 2009, sebab dia ajak nak tgk Anugerah Juara Lagu kat bukit jalil tu. Tapi x dapat sebab ada urusan. Dan x disangka2 kumpulan Meet Uncle Husin (MUH) berjaya memenangi AJL tu. Kakak aku ni sewa serumah dgn manager MUH. Ntah2 malam tu mesti depa makan besar kot. He3. Kalau aku ada masa tu mesti best.


5. Tak lupa jugak, aku pi uitm merbok dgn kawan aku, saja ikut2, sebab aku pon dah lama x pi kat situ. Member aku lak nak jumpa advisor dia, kira aku jadi driver depa la. Ha3.


6. Projek website Mr Patrick, aku dah berjaya siapkan. Tapi ada sedikit delay jugak. Aku kenakan charge yang berpatutan jugak la, sebab dia nak cari customer lagi untuk aku dan team aku. Insyaallah, kami akan lancarkan laman web team kami dalam masa terdekat ini. Meanwhile, projek CC aku pon akan berjalan jugak. Walaupun kami x besar dan kami x kuat, tapi bila bekerjasama semua jadi mudah, apa yang penting, KERJASAMA. Let's work together.


Sampai disini dulu, untuk coretan, catatan bulan Januari 2009 ni. Nanti kita jumpa di posting yang lain. Dah larat dan x ingat dah nak tulis



No comments:

Post a Comment