Pada 18hb pulak, hari yg ditunggu2 dah tiba, result final exam aku keluar, berdebar jugak aku nak check dengan server uitm yang sesak tu, last sekali lewat ptg tu jugak dapat check, hasilnya 786 Alhamdulillah Syukur...aku berjaya dapat anugrah dekan akhir semester, x pernah dapat sejak zaman diploma lagi. Aku punya final report yg kena comment kaw2 tu (rujuk posting sebelum ni) dapat b+, lega, kalau bawah pada b+ tu kompom x dapat dekan.
Insyaallah dalam masa terdekat ni, aku akan bukak bisnes sendiri, yang akan beroperasi dgn rasminya awal tahun depan yang menjanjikan lembaran baru buat karier aku selepas belajar, yang pastinya relate dgn apa yg aku belajar selama ni. Dah lama belajaq ni, masa nak cari nafkah pulak, nak bayar PTPTN tu lagi maa. Kalau dah cukup duit, aku rasa nak sambung MBA kot, doa2kanlah ya.